top of page
Hayat Irfan.jpg

PENGARAH URUSAN

Ruhayat bin Mohd Nazir, 50 tahun atau lebih mesra disapa dengan panggilan Hj. Hayat ini merupakan lulusan Universiti Jordan pada awal tahun 1998 dalam bidang Syariah (Pengkhususan Perundangan Islam).

 

Telah menceburi bidang penerbitan selama 4 tahun bersama Awan Metro (M) Sdn. Bhd. Bermula sebagai Pembantu Editor dalam menangani buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang meliputi buku Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR dan KBSM). Membuat kerja-kerja suntingan buku sumber Kelas Fardhu Ain (KAFA) pada tahun 98 yang diterbitkan oleh Awan Metro (M) Sdn. Bhd.

 

Kebolehannya dalam kerja-kerja reka bentuk ditambah usaha yang tak mengenal erti jemu menjadikannya editor yang turut sama mampu membuat kerjakerja reka bentuk dan ilustrasi dalam mengendalikan satu-satu projek.

 

Kebolehannya ini terbukti apabila beliau menangani buku Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4 sebagai editor dan Pendidikan Islam Tingkatan 4 sebagai Pereka Bentuk untuk terbitan tahun 2003. Projek penerbitan ini dijalankan melalui kaedah komisi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasa Dewan Bahasa dan Pustaka.

​

Terbabit dalam penulisan buku Bahasa Arab tahun 1, 4 dan 5 serta Pendidikan Sirah tahun 5 bagi kegunaan pelajar sekolah agama seluruh Johor dari 2007 hingga 2019.

​

Kini, beliau diberikan kepercayaan sebagai Yang Di Pertua Majlis Alumni Malaysia Jordan (MAJ) bagi sesi 2017-2019.

bottom of page