top of page

21 TAHUN PENGALAMAN
DALAM DUNIA

PENERBITAN & PERCETAKAN

-Kami tahu apa yang anda perlukan-

Teruskan

PENERAJU PERCETAKAN 2023

KAMI merupakan perunding percetakan kepada agensi kerajaan dan swasta. Turut berdaftar di bawah Kementerian Kewangan dan mempunyai sijil Kontraktor Bumiputera serta Kementerian Dalam Negri bagi percetakan.

​

Antara perkhidmatan One Touch Creative ialah memberikan perkhidmatan mencetak buku, majalah, buletin, poster, flyers, resit, beg kertas, kad nama, banner, fail dan lain-lain lagi.

​

Kami turut memberikan perkhidmatan aturhuruf rumi, jawi dan arab serta rekaletak dan susun atur grafik untuk majalah dan buletin, perkhidmatan rekabentuk kulit buku, majalah dan poster. Juga turut merekabentuk dan mencetak  banner, bunting, backdrop dan billboard untuk cetakan inkjet. 

​

Sesuai dengan peredaran zaman, bermula tahun 2006, kami cuba memberikan perkhidmatan secara 'online', antaranya perkhidmatan rekabentuk dan mencetak kad nama, aturhuruf, logo, rekabentuk kulit dan ilustrasi. One Touch Creative sedang berusaha untuk memudahkan lagi para pelanggan berurusan dengan One Touch Creative

​

Satu Sentuhan Kreatif... Kepuasan & Bermakna!

ONE TOUCH CREATIVE @ YOUTUBE

LAGI VIDEO TENTANG KAMI

BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF)

One Touch Creative Sdn. Bhd. memiliki kepala bidang yang berkaitan mengikut pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan: 

​

No. Pendaftaran Kem. Kewangan 357-02074489

​

  1. 020201 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK/ MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI/ MESIN MESIN PEJABAT DAN AKSESORI

  2. 020401 - PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK/ PERALATAN DAN PERKAKAS DOMESTIK/ PERALATAN DAN PERKAKAS DOMESTIK(TERMASUK BARANG-BARANG YANG TIDAK LEKAT DI BADAN)

  3. 050102PERALATAN HOSPITAL, PERUBATAN, UBAT-UBATAN DAN FARMASEUTIKAL/ PERALATAN HOSPITAL, BAHAN DAN KELENGKAPAN PERUBATAN/ PERALATAN / KELENGKAPAN PERUBATAN

  4. 050102PERTAHANAN DAN KESELAMATAN/ PENGESANAN, PEMANTAUAN DAN PERLINDUNGAN/ LESEN/PENGENALAN DAN PAS KESELAMATAN BERSALUT (LAMINATED)

  5. 221304 - PERKHIDMATAN/ KESENIAN, HIBURAN DAN PELANCONGAN/ AUDIO VISUAL

  6. 221601PERKHIDMATAN/ PERCETAKAN (DIKHAS KEPADA SYARIKAT 100% BUMIPUTERA)/ MENCETAK BUKU, MAJALAH, LAPORAN AKHBAR

  7. 221602PERKHIDMATAN/ PERCETAKAN (DIKHAS KEPADA SYARIKAT 100% BUMIPUTERA)/ MENCETAK FAIL, KAD PERNIAGAAN DAN KAD UCAPAN

  8. 221614PERKHIDMATAN/ PERCETAKAN (DIKHAS KEPADA SYARIKAT 100% BUMIPUTERA)/ PENGATUR HURUF (TYPE SETTING)

​

​

Berdaftar sebagai Kontraktor Bumiputera. No. Sijil Pendaftaran BP136387

 

Kami berpengalaman menguruskan projek percetakan dibawah kos sebutharga dan tender kerajaan serta bersedia berjumpa dan memberikan sebutharga bagi kerja-kerja berkaitan.

​

- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) 

- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 
- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 
- Kementerian Kesihatan Malaysis (KPM)

- Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)
- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 
- Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) 

- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 
- Jabatan Mufti Perlis 
- Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) 
- Jemaah Dato'-dato' Perlis 
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 
- Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 
- Universiti Islam Malaysia (UIM)
- Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) 

- Institut Kajian Zakat (IKAZ) UiTM

- Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK)

- Maktab Rendah Sains MARA Felda, Sungkai, Perak
- Maktab Rendah Saind MARA Gemencheh, Johor

- Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kulai Johor

- Yayasan Fardhu Kifayah Malaysia
- UKM Holding Sdn. Bhd. 
- Aster Edu Sdn. Bhd.

- IDW Design & Build Sdn Bhd.
- Brain Digital Sdn Bhd.

- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR)

- SMKA Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang (TAHAP)

- SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

- SMK Seri Bintang, Sentul

- Dan Lain-lain

PERKHIDMATAN KAMI

ATURHURUF

REKABENTUK

PENERBITAN

PERCETAKAN

ATURHURUF :: 

​

Perkhidmatan ini merupakan proses awal bagi menerbitkan mana-mana buku, buletin, jurnal dan lain-lain lagi. Dengan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dengan kepala bidang 221001, kami layak untuk menerima projek-projek kerajaan. Kami mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja aturhuruf dalam bahasa Arab, tulisan jawi dan sudah tentu Bahasa Malaysia dan Inggeris. Kebanyakkan pelanggan kami adalah jabatan kerajaan seperti JAKIM, JAIM dan DBP. Terdapat juga permintaan dari universiti seperti UIA, KUIM dan pihak penerbit swasta seperti Darul Syakir Sdn. Bhd  yang banyak menerbitkan buku-buku tulisan Menteri Agama Malaysia sekarang (2020) iaitu S.S. Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.

 

Kami turut membantu penulis-penulis dari kalangan pensyarah dari UKM dan UIA khususnya menerbitkan bahan bacaan mereka sendiri serta bagi kegunaan para pelajar dalam kuliah mereka.

MAJALAH, BULETIN & BUKU PROGRAM :: 

​

Kami berpengalaman dalam menguruskan rekabentuk dan percetakan majalah, buletin dan buku program. Antara pelanggan kami ialah UKM Holdings Sdn. Bhd. yang menerbitkan buletin mereka sebanyak 4 kali setahun. Rekabentuk yang menarik, memahami kehendak pelanggan, menepati citarasa korporat, kualiti cetakan yang konsisten serta harga yang berpatutan menjadikan kami terus mendapat perhatian dan tempahan dari para pelanggan kami.

 

Kami juga turut mendapat tempahan rekabentuk dan percetakan buku program bagi satu-satu program anjuran mereka seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Berdasarkan pengalaman kami, ramai orang yang ingin menerbitkan buletin dan majalah. Masalahnya, tidak tahu tentang kos percetakan bagi mengenal pasti budget yang diperlukan.

KAD NAMA :: 

 

Antara perkhidmatan yang kami tawarkan adalah kad nama jawatan atau perniagaan. Kad adalah salam ta'aruf atau salam perkenalan kita dengan para pelanggan. Samada kita berniaga atau bekerja, ia amat diperlukan.

 

Ia merupakan 'pandangan pertama' para pelanggan terhadap perniagaan/diri kita. Awas! Kad nama yang cetakkannya pudar, rekabentuk ala kadar, penggunaan warna yang tidak sesuai dengan imej perniaagaan, penggunaan kertas yang tidak berkualiti akan memberi impak dan kesan negatif kepada perniaagaan kita walaupun perkhidmatan atau perniagaan kita adalah yang terbaik.

 

Pastikan kad nama kita 'menyerlahkan' kredibiliti diri dan perniagaan kita.

CIRI-CIRI MENARIK :: 

 

Dengan saiz 52mm x 86mm, Kad ini dicetak dengan warna penuh menggunakan kertas 260gsm art card. Pilihan kertas yang berkualiti bagi ketahanan yang lebih baik. Dikemaskan lagi dengan lapisan Matte Laminate (lapisan terbaik) untuk menyerlahkan keunggulan & kredibiliti pemilik kad nama.

Buku & Majalah

UKM

UIA

USIM

Kami berpengalaman dalam menguruskan percetakan buku. Ia seperti buku ilmiah yang diterbitkan oleh universiti seperti UIAM, UKM, USIM dan lain-lain. Kami mendapat permintaan dari institusi tersebut secara sebut harga dan tender. Terdapat juga para pensyarah yang ingin menerbitkan buku dengan modal sendiri bagi kegunaan pelajar mereka.

​

Terdapat juga buku prosiding bagi seminar dan majlis tertentu yang memerlukan percetakan dari kami, jurnal, buku program dan lain-lain lagi.

Jom Like Page One Touch Creative

bottom of page